Sarperlingi's Blog
manusia hari ini

MEMBELI CINTA




Di sebuah daerah tinggal seorang saudagar kaya raya. Dia mempunyai seorang hamba sahaya yang sangat bebal, hingga orang-orang memanggilnya si bodoh.

Suatu hari si saudagar menyuruh hamba sahayanya pergi ke sebuah perkampungan miskin untuk menagih hutang para penduduk di sana.

” Aku mahu kau pergi ke satu kampung dan kutip hutang. Hutang mereka sudah cukup tempoh,” perintah saudagar itu.

“Baik, Tuan,” sahut si hamba sahaya.

“Tetapi nanti wangnya hendak dibelikan apa tuan?” Tanya si hamba lagi.

“mmm.. kau Belikan sesuatu yang belum aku miliki,” jawab saudagar itu.

Maka pergilah hamba sahaya itu ke perkampungan yang dimaksudkan. Maka di kutiplah hutang penduduk kampung itu dari rumah ke rumah. Memang sangat penat juga dia menjalankan tugasnya iaitu mengumpulkan sedikit demi sedikit wang hutang dari para penduduk kampung. Para penduduk itu memang sangat miskin, dan pada ketika ini musim kemarau yang panjang.

Akhirnya hamba itu berjaya juga menyelesaikan tugasnya. Dalam perjalanan pulang ia teringat pesan tuannya, “Belikan sesuatu yang belum aku miliki.”

“Apa, ya?” tanya si hamba itu dalam hati.

“Tuanku sangat kaya, apa lagi yang belum dia miliki?”

Setelah berfikir agak lama, hamba itu pun menemukan jawapannya. Dia kembali ke kampung tadi. Lalu dia agihkan lagi wang yang sudah dikumpulkannya tadi kepada para penduduk.

“Tuanku, memberikan wang ini kepada kalian,” katanya.

Para penduduk sangat gembira. Mereka memuji kemurahan hati si tuan. Ketika hamba itu pulang dan melaporkan apa yang telah dilakukannya, saudagar itu geleng-geleng kepala.

“Benar-benar bodoh,” keluhnya.

Waktu terus berlalu. Maka suatu hari terjadilah perkara yang tidak disangka-sangka, peralihann pemimpin kerana pemberontakan membuat saudagar itu tidak sehebat dulu. Belum lagi termasuk bencana banjir yang menghabiskan semua harta bendanya. Pendek kata saudagar itu jatuh miskin dan melarat. Dia terpaksa meninggalkan rumahnya. Hanya si bodoh yang ikut serta. Ketika tiba di sebuah kampung, entah mengapa para penduduknya menyambut mereka dengan riang dan hangat; mereka menyediakan timpat tinggal dan makanan buat saudagar itu.

“Siapakah para penduduk kampung itu, dan mengapa mereka sampai begitu baik hati menolongku?” tanya si tuan.

“Dulu tuan pernah menyuruh saya menagih hutang kepada para penduduk miskin kampung ini,” jawab si bodoh.

“Tuan berpesan agar wang yang dikumpul saya belikan sesuatu yang belum tuan punyai. Ketika itu saya berfikir, tuan sudah memiliki segalanya. Satu-satunya hal yang belum tuan miliki adalah cinta di hati mereka. Maka saya mengagihkan wang itu kepada mereka atas nama tuan. Sekarang tuan menuai cinta mereka.” Terang hambanya lagi.

Inilah sebuah kisah bertujuan mendidik hati orang-orang yang mempunyai kekayaan hendaklah sentiasa membantu orang-orang yang susah. Dengan bantuan itu nanti kelak akan dikenang jua. Pepatah ada mengatakan bahawa “Pisang emas di bawa belayar, masak sebiji di atas peti, hutang emas dibawa belayar huti budi dibawa mati”. Semoga orang-orang yang punya kekayaan dan pengaruh dapat belajar dari kisah tadi bahawa kekayaan dan pengaruh baru akan sangat berguna kalau dipergunakan untuk menebar cinta kasih. Sesungguhnya Nama baik lebih berharga dari pada kekayaan besar, dan dikasihi orang lebih baik dari pada perak dan emas

Tiada Respons to “MEMBELI CINTA”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: