Sarperlingi's Blog
manusia hari ini

KEKALKAN RASA HAMBA


 

Orang yang tidak merasa bersalah dengan dosa… celaka,

Orang yang merasa aman dengan kebaikan… binasa,
Orang yang berbangga dengan dosa… sejahat-jahat manusia,
Orang yang berbangga dengan ketaatan… di anggap derhaka,

Ada orang selamat dengan dosa bila menderita kerananya selalu meminta ampun kepada Tuhannya,
Ada orang binasa dengan amal soleh, yang tiada lagi merasa berdosa,
Ada orang yang selamat dengan amal soleh tapi merasa dia orang yang jahat yang tiada berguna.
Setiap amal ibadah yang dibuat tidak merasa lagi kehambaan yang hina tidak berguna lagi ibadahnya.

Allah mahu setiap orang merasa hina, rasa berdosa selalu, sekalipun tidak melakukannya,betapa rajinnya membuat ibadahNya,
Tuhan mahu setiap orang melakukan amal ibadahnya. Justeru amal ibadah belum tentu diterima,
Lebih-lebih lagi amal ibadah itu Tuhan punya, ciptaanNya, anugerahNya kepada hambaNya,

Yang selalu diingat adalah segala dosa,
Setiap dosa sekalipun kecil maka Allah Murka,
Jika tidak diampunkannya, nerakalah padahnya, merendah dirilah kepadaNya, sematkan rasa takut di dalam jiwa.
Ia adalah sifat hamba
Rasa itu kekalkan selalu kerana
Ia akan mesyafaatkan kita….

 

 

bayangkan nyawa kita dicabut saat ini…

adakah mungkin segala amalan kita diterima…

adakah ALLAH akan izinkan kita menghuni syurgaNYA…

Subhanallah….

tak mampu rasa nak jejakkan kaki ke sana…

sedangkan dosa2 terlalu banyak…

walhal amalan kurang….

 

 

Sabda Rasulullah saw:

Jangan pandang kecilnya dosa, tetapi pandanglah kepada siapa kamu durhakai.
(Maksud Hadith Riwayat At Thausi)

Moga Allah beri taufik hidayahnya kpd kita dan seluruh umat

Satu Respons to “KEKALKAN RASA HAMBA”

  1. Kadang2 kita lupa, semoga artikel ni dapat membantu kita yang mudah lupa… TQ


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: