Sarperlingi's Blog
manusia hari ini

BILA MALAM…


Bila malam melabuhkan tirainya…

Tika itu, aku merasakan betapa dekatnya aku pada sang pencipta

yang mengatur perjalanan hidup ini

sedang aku dikala siangnya,

leka dengan kesibukan duniawi

Dalam kegelapan itu

Aku mencari-cari sinar cahayaMu

Terasa begitu kerdilnya diri ini

Hingga merasakan layakkah aku

Menerima cintaMu

Cinta yang sering kudambakan hingga ke saat ini

Di kedinginan malam ini.

Seperti malam-malam yang biasa kulalui

Aku masih lagi mengharap hadirnya sinar kasihMu

Untuk kuharungi liku-liku kehidupan ini

Dalam mencari erti sebenar sebuah kehidupan

Kini….

Aku mengerti, bukan mudah untuk kudamba cintaMu

Bukan mudah menagih kasihMu

Tetapi aku yakin….

Dengan mengingatiMu di kala senang,

Pasti Engkau mengingatiku di kala susah

Ketahuilah…..

Hingga ke saat ini
Aku masih lagi mengharap sinar bahagia dalam hidupku
Untuk menuju syurga yang kekal abadi…

2 Respons to “BILA MALAM…”

  1. Puisi yang menyentuh hati… keep it up

  2. bila kenang-kenang balik kita terlalu taksub dengan dunia kita


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: