Sarperlingi's Blog
manusia hari ini

Aku ingin menjadi…


Aku ingin menjadi Siti Khadijah

menjalin agung sebuah cinta

menafkah hartanya fisabilillah

aku ingin sezuhud Fatimah

akur tanpa jelak setiap perintah

aku mengagumi setiap kejayaan

gedung ilmu Siti Aisyah

aku ingin menyelami ketabahan Siti Hajar

mengendong puteranya yang masih merah

di tanah padang pasir yang merekah

bukannya aku ingin menjadi wanita pengoda

fitrah daripada sejarah Siti Zulaikha

pun jiwaku ingin sekudus Rabiatul Adawiyah

tenggelam asyik dalam kenikmatan ubudiyah

biar tersingkap segala hijab

dua cinta tidak akan bersatu dalam satu hati

lantas ku serah cinta suci ini

untuk Yang Maha Mengasihi

pasrahku pada mehnah perjuangan

bagai cekalnya hati Zainab Al-Ghazali

terluka,terseksa,terhina,terpenjara

terkurung jasadnya di celahan jeriji kaku

teguh istiqamah menjunjung akidah dakwah

demi Islam

bukannya menyerah galang gantinya

atau setidaknya aku mengimpikan

hidup semulia Maryam Jameelah

berteman pena menongkah kepayahan

roh jihad ini perlu di semarakkan

dan biarlah aku yang menyemarakkan obornya

aduhai

meskipun aku hanya perawan

yang jiwanya tidak sekental Asma

belum teruji dengan deraian air mata Atiqah

tak mampu tersenyum bagai Khansa yang tabah

namun

relalah aku

relalah aku menjadi perempuan yang solehah

relalah aku menjadi sayap kiri perjuangan

kan ku teguh menatang amanah ini
mewaris kegemilangan srikandi ummah

hanya kerana islam merindui kemunculan peribadi mukminah,muslihah,mujahadah

yang rela mati dalam keunggulan iman

terpanggang gagah bagai harumnya pusara Masyitah

jika itu islam kan ku daulatkan

4 Respons to “Aku ingin menjadi…”

  1. Salam.
    Pernah seseorng bertanya pada Rasulullah SAW Ya Habiballah. apakah tanda tanda UTAMA wanita SOLEHAH. Jawab Baginda, Masih adakAh wanita yang tidak MENGANGKAT suara pada SUAMInya ???.

    Ini baru satu sahaja jawapan yang susah hendak kita jumpai hari ini.

    Inikan pula untuk berjumpa dengan PARA PARA PERMATA SYURGA FIDAUSI – iaitu para para WANITA yang bergelar SAIDATINA iaitu mereka mereka yang ZUHUD . Hari boleh dikatakan telah PUPUS golong wanita yang sampai ketahap ini kerana pertamanya kerana RAmai yang tidak berusaha kearah ini. Kebanyakannya HANYUT pada DUNIA.

    Kesempurnaan SUNAH itu dinamakan ZUHUD.
    Mengambil dunia ini hanya yang perlu. Sentiasa TUNDUK DAN MALU PADA ALLAH.
    JIWANYA sentiasa MENGINGATI ALLAH pada bangun hinggalah ketidurnya. SEDEKAH nya tidak diketahui manusia lain. JIWAnya cinta akan Puasa. Sentias KHUSUK dan TAWADHUK dalam setiap IBADAHNya. Amalannya hanya kerana CINTANYA PADA TUHAN DAN RASULNYA. Zikirnya tidak diketahui manusia.
    Inilah antara ciri ciri mereka yang ZUHUD.

    ramai wanita inginkan bersuamikan mereka yang soleh. Tetapi mereka sendiri tidak faham akan apa yang mereka inginkan.
    bila mereka diduga tiada lain yang hadir pada mereka melainkan MENAIKAN SUARNYA dan Suka meminta untuk dilepaskan. Bari dihadirkan ujian tenytang keewangan sudah GOYAH imannya. Itulah Wanita UMAT ISLAM hari ini.

    Hendak menjadi seperti UMMU SAIDATINA SITI KHADIJAH RADIALLAHUANHA YA RAHIMULLAH, Begitu juga UMMU SAIIDATINA
    IBU HAWA YA RAHIMMULLAH, SAIDATINA IBU MARYAM YA RAHIMMULAH, SAIDATINA UMMU SITI HAJAR YA RAHIMMIULLAH begitu juga SAIDATINA FATIMAH AZA ZAHRA YA RAHIMULLAH, YANG KASIH SYUHADAH WANITA AGUNG SAIDATINA SITI MASIH YANG DIKASIHI ALLAH dan yang lain.

    Persoalannya tanya diri kita sendiri ada kita semua telah BERSEDIA DIDUGA DAN DIUJI seperti MANA semua mereka yang tersebut.

    LIHAT LAH DISEKELILING KITA. ADA KAH ADA LAGI WANITA YANG TIDAK MENGANGKAT SUARA PADA SUAMINYA ????

    Ini baru satu sahaja tanda wanita SOLEHAH. belum lagi sampai ketahap ZUHUD.

    Salam . maaf zahir batin.

  2. hendak menjadi wanita solehah ini mudah tetapi hendak mengekalkan kesolehan kita payah…

  3. Ingin menjadi istri yang solehah, namun penerapannya sangatlah susah ya Alloh.. beri aku kekuatan


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: