Sarperlingi's Blog
manusia hari ini

Okt
24

Pernahkah kita terfikir gaji yang kita terima setiap hari, setiap minggu atau setiap bulan berkat atau tidak ataupun halal atau tidak. Dalam pekerjaan adakalanya punca rezeki itu halal tetapi tidak berkat. Mengapa jadi begini. Ketahuilah bahawa setiap pekerjaan, hasilnya, upahnya  atau pemilikan harta dalam Islam datangnya bersama satu amanah yang bakal dipertanggungjawabkan oleh Allah Taalah kepada setiap manusia. Malah di akhirat kelak seseorang itu akan ditanya empat perkara termasuklah hartanya. Sebagaimana hadis Nabi S.A.W yang bermaksud :

“Tidak akan sesekali berganjak kedua-dua kaki seseorang hamba pada hari kiamat sehinggalah dia ditanya berkenaan empat perkara: Berkenaan masa mudanya, pada perkara apakah dia telah habiskannya? Berkenaan umurnya, pada perkara apakah dia telah gunakannya? Dan berkenaan hartanya, dari mana dia dapatkannya dan ke manakah dia belanjakannya?”. (Hadis hasan riwayat at-Tabrani)

Bagi mencari keberkatan dalam pekerjaan, walaupun pekerjaan itu secara zahirnya adalah halal, namun perkara-perkara yang menghalang keberkatan tidak harus dianggap remeh seperti soal ketepatan masa, kesungguhan bekerja, menggunakan barang-barang tempat kerja untuk kegunaan peribadi, menghabiskan masa kerja dengan sia-sia, akhlak dan hubungan yang baik dengan rakan-rakan sekerja, sikap dengan majikan, menjaga solat, adab dan sebagainya.

Natijah dari pekerjaan yang diberkati dan didasari atas dasar iman dan takwa, ALLAH taalah akan memberikan kepadanya sebuah kehidupan yang baik, tenang, bahagia, dan mencukupi walaupun sumber kewangannya tidaklah seberapa. Firman ALLAH Surah an-Nahl, ayat 97:

“Sesiapa yang beramal soleh, daripada lelaki atau perempuan, sedang dia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan”.

Justeru, carilah keberkatan dalam pekerjaan seharian yang akan menjadikan hidup kita lebih tenang dan bahagia. Inilah yang perlu diletakkan keutamaan oleh kita berbanding dengan pekerjaan yang hebat pada zahirnya tetapi jauh daripada keberkatan ALLAH.

Tips agar rezeki menjadi lancar, berkat dan halal. Antaranya :

1. Menjauhi pekerjaan haram dan subahat

Setiap orang hendaklah taat kepada Allah SWT dan tidak melakukan dosa kerana dosa akan menutup pintu rezeki. Sabda Rasulullah SAW bermaksud:

“Dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (riwayat at-Tirmizi).

 

Selain itu, dekatkanlah diri kepada Allah dengan ibadah tambahan seperti solat Dhuha dan solat Tahajud.

2. Bekerja sungguh-sungguh

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Sesungguhnya Allah SWT senang melihat hamba-Nya bersusah payah dalam mencari rezeki yang halal.” (riwayat Adailami)

3. Mengadu masalah rezeki hanya kepada-Nya

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Barang siapa tertimpa kemiskinan, kemudian ia mengadukannya kepada sesama manusia, maka tidak akan tertutup kemiskinannya itu. Namun, siapa sahaja yang mengadukannya kepada Allah, maka Allah akan memberinya rezeki, baik segera ataupun lambat.” (riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

4. Memperbanyakkan beristighfar 

Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa memperbanyak istighfar, Maka Allah SWT akan menjadikan setiap kesulitan kelapangan dan setiap kesempitan jalan keluar dan Allah akan memberinya rezeki dari jalan yang tidak pernah disangka-sangkanya.” (riwayat Imam Ahmad)

 

5. Sabar dan banyak membaca LA HAWLA WA LAA QUWWATA ILLA BILLAH

Diriwayatkan bahawa Salim, anak laki-laki ‘Auf bin Malik al-Asyja’iy telah ditawan oleh orang musyrik. Kemudian, ‘Auf datang mengadu kesedihannya kepada Rasulullah.

Baginda SAW berkata: “Bertakwalah kepada Allah, bersabarlah dan aku anjurkan agar kamu dan isterimu memperbanyak bacaan, La hawlah wa laa quwwata illa billah. 

‘Auf kembali ke rumahnya dan menyatakan suruhan Rasulullah SAW itu. Keduanya, segera melaksanakan perintah Rasulullah SAW. Akhirnya, anaknya berhasil meloloskan diri daripada musuh dan membawa ternakan kambingnya sebanyak 4,000 ekor di hadapan ayahnya. (Tafsir Qurthubi, surah al-Thalaq: 3)

6. Tawakal sepenuhnya kepada Allah SWT

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: Jika kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benarnya, nescaya Allah akan memberikan rezeki kepada kamu, sebagaimana Allah telah memberi rezeki kepada burung yang berangkat di pagi hari dengan perut kosong dan kembali ke sarangnya dengan perut kenyang. (riwayat Bukhari)

 

7. Bersedekah dan nafkahkan harta kepada yang berhak.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Ada tiga hal yang aku bersumpah kepadanya dan aku akan menyampaikan suatu berita kepadamu, maka perhatikan benar-benar: Tidak akan berkurang harta seseorang kerana sedekah dan tiadalah seseorang membuka pintu meminta-minta melainkan Allah akan membukakan kepadanya pintu kemiskinan.” (riwayat al-Tirmizi)

8. Tolong agama Allah dengan menegakkan syariat Islam

Firman Allah SWT bermaksud: Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. (Muhammad: 7)

Syariat Islam akan tegak dengan adanya daulah Islam. Islam sebagai jalan kehidupan tidak tegak dalam masyarakat saat ini dengan tidak sebagai wadah. Sistem perekonomian di mana umat mencari rezeki pada saat ini merupakan sistem perekonomian yang tidak mendukung mereka untuk mendapatkan rezeki yang banyak, lancar dan berkat.

Sebenarnya Allah tidak memerlukan pertolongan kerana Allah Maha Kaya. Tetapi itulah cara bagi kita untuk menolong diri kita sendiri. Marilah kita menolong agama Allah, agar rezeki kita banyak, lancar, halal dan berkat.

 

BILA REZEKI TIDAK BERKAT

Rezeki yang tidak berkat…

Mendapat sedikit pun akan rasa tidak cukup. Kita terperangkap dalam mengejar dunia kita sendiri. Sedangakn mengejar dunia tidak ada akhirnya bila rezeki tidak berkat.

Rezeki yang tidak berkat…

Bila dapat banyak mana pun rezeki tidak berkat, kita tidak akan berasa puas. Sudah banyak pun masih tidak puas. Hati tidak akan senang jiwa tidak akan tenteram kerana hati dan jiwa tidak dapat dipuaskan dengan rezeki tidak berkat.

Rezeki yang tidak berkat…

Adalah istidraj. Istidraj bermaksud kekayaan dan kesenangan yang dapat melalui rezeki yang tidak berkat adalah pemberian yang tidak diredhai. Ujian yang diberikan mungkin nampak seperti nikmat duniawi, harta benda, wang ringgit, pangkat dan darjat tetapi, kesemuanya adalah tidak berkat. Jangan fikirkan segala kenikmatan adalah diredhai. Rezeki yang tidak berkat hanya akan memusnahkan diri kita sendiri dari usaha yang tidak akan cukup, hati yang tidak akan puas dan keimanan yang semakin jauh.

Advertisements
Mac
29

Soalan 1 :

Kenapa kita kene tutup aurat?

Jawapan :

Jika kita hendak membeli buah pisang… adakah kita akan memilih pisang tiada kulitnya atau pisang yang masih ada kulitnya.

Soalan 2 :

Kenapa hidup ada masalah?

Jawapan :

Mati pun ada masalah kalau tidak cukup amalannya.

Soalan 3 :

Kenapa tiba-tiba menguap, sedangkan tak mengantuk pun.

Jawapan :

Bila badan kita kurang oksigen, otak akan mengarahkan untuk menguap. Setakat ni pernah ke ada orang menguap hembus nafas.

Ogo
18

Andai ku tahu ini ramadhan ku yang terakhir, pasti aku tidak sia-siakan hidupku. Aku tidak akan biarkan jiwaku dibelenggu oleh hawa nafsuku, namun aku tidak tahu ini adalah ramadhan ku yang terakhir.

Andai ku tahu ini ramadhan ku yang terakhir, pasti aku akan mendekatkan diriku kepada si pencipta agar aku menjadi hambanya yang bersyukur, namun aku tidak tahu ini adalah ramadhan ku yang terakhir.

Andai ku tahu ini ramadhan ku yang terakhir, pasti aku akan belanjakan hartaku kepada yang lebih memerlukan, namun aku tidak tahu ini adalah ramadhan ku yang terakhir.

Ya Allah, tuhan yang maha pengampun, yang suka mengampuni dosa-dosa hambanya, ampunilah dosa-dosaku.

Mei
28


Baca baki entri ini »

Mei
28

Baca baki entri ini »

Mei
28

Baca baki entri ini »

Mac
22

Baca baki entri ini »

Feb
14

Baca baki entri ini »

Feb
14

Baca baki entri ini »

Jan
25

Baca baki entri ini »